Selasa, 10 Jun 2014

PRODUK MAKANAN KELUARAN KG KESANG JAYA

Tempe Haziyah telah dipasarkan sekitar kedai-kedai runcit kawasan Kesang Jaya dan Pasaraya Family Store Jasin

Produk usahawan bumiputera keluaran penduduk Kampung Kesang Jaya

Ahad, 8 Jun 2014

PROGRAM JIWA MURNI, PEMIMPINKU PRIHATIN

Program Jiwa Murni ,Pemimpinku Prihatin telah berlangsung dengan jayanya. Terima kasih kepada ADUN Bemban YB Dato' Ng Choon Koon, YB Datuk Hj Ghazale Muhamad, YDP MPHTJ Encik Zali Mat Yasin, Encik Mohd Nizam Omar, Pengerusi JKKK Ab Rahman Ali, Penyelaras Sukarelawan MPKSM Pn Farah Azlin Hj Ahmad, dan semua yg terlibat secara langsung menjayakan program ini.
Bersama pemimpin prihatin YDP MPHTJ dan YB Datuk Hj Ghazale Muhamad

 Pn Rahmah Baba menerima sumbangan disampaikan oleh  YDP MPHTJ

Tahniah kepada semua pemimpin masyarakat yg hadir dalam  menjayakan program ini

YB Adun Bemban bersama sukarelawan MPKSM

Tahniah kepada sukarelawan dr kiri Pn Heryani, Pn. Farah Azlin Hj Ahmad Penyelaras MPKSM Jasin, Penyelaras MPKSM Melaka Tengah, dan Pn Hafizah Mohd Noh , sukarelawan MPKSM Jasin.

Bersama pemimpin YDP , Ahli Majlis, Adun Bemban dan JKKK Kesang Jaya turut membantu dlm program mengecat rumah Pn Rahmah Baba

Selasa, 3 Jun 2014

BENGKEL KOSPEN DAERAH JASIN

Bengkel  KOSPEN Sukarelawan Komuniti Daerah Jasin pada 2hb. Jun 2014 ( Isnin ) jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang bertempat di Dewan Kenyalang, Pejabat Kesihatan Daerah Jasin. Seramai 36 orang peserta sukarelawan Kospen yang mengambil bahagian dalam bengkel/ kursus tersebut. Turut hadir Encik Darus Jantan ( Kemas ) Dr. Naemah, SN Puan Normah , Penyelaras Kospen Dun Bemban Puan Najihah Abd Malek dan fasilatator , jururawat daripada Pejabat Kesihatan Daerah Jasin.
Peserta diajar cara check rbs ( random blood sugar )

sesi aerobiks sebelum program kursus dijalankan

sesi taklimat mengenai KOSPEN

Kaunter saringan pemeriksaan kendiri

LAWATAN JOM KENALI NEGERIKU MELAKA BERSAMA BAS PANORAMA MELAKA

Program Lawatan Jom Kenali Negeriku Melaka sempena Sambutan Ulangtahun Melaka Bandaraya Bersejarah pada 15 April 2014 ( Selasa ) jam 7.30 pagi hingga 5.00 petang. Peserta seramai 35 orang menaiki bas Panorama Melaka melawat ke tempat-tempat bersejarah seperti Muzium Perkampungan Hang Tuah, Muzium Kapal Samudera, Muzium Kapal TLDM, Muzium Kapal Selam, Majid Selat Melaka , dan sekitar Bandar Hilir.Turut hadir, sidang Mohamad Temiri, SU JKKK Pn.Hafizah Mohd Noh, dan penduduk kampung Kesang Jaya.
Taklimat ringkas tentang sejarah Hang Tuah                                                                                                       








Pserta dalam Muzium Perkampungan Hang Tuah Melaka


Muzium TLDM Melaka

Selamat datang ke Muzium Hang Tuah Melaka anda pasti terhibur

SAMBUTAN HARI IBU RATU HATIKU

Meraikan Hari Ibu Ratu Hatiku pada 11 Mei 2014 jam 9.00mlm di Balairaya Kg Kesang Jaya. Buat ajk JKKK Kesang Jaya yyg bergelar ibu iaitu Pn Hafizah Mohd Noh, Pn Saadiah Md Sam, Puan Zaiton Abu Samah dan Puan Nur Hilyaatty Abdul Rahim.
Sumbangan kek dari Pengerusi JKKK Kesang Jaya

Pn Nur Hilyaatty Datuk Hj Abdul Rahim menerima bunga

Pn Zaiton Abu Samah menerima bunga

SU JKKK Pn Hafizah juga turut menerima bunga .

SAMBUTAN HARI KELUARGA MASYARAKAT KAMPUNG KESANG JAYA TAHUN 2014


Acara senam aerobiks sebelum memulakan pelbagai acara sukaneka
senam tari 1Malaysia
Hadiah cabutan nama bertuah turut disediakan
Pada 06hb. April 2014 (Ahad)  jam 8.00 pagi bertempat di Padang Kampung Kesang Jaya telah berlangsungnya Program Hari Keluarga Masyarakat Kampung Kesang Jaya .Seramai 200 orang yang hadir .



tahniah si kecil dapat hamper nama bertuah
4 acara sukaneka kanak-kanak taska dan tadika

Turut hadir YB Dato' Ng Choon Koon-ADUN Bemban, Datuk Hj Ghazale bin Muhamad -ADUN Rim, Ahli Majlis MPHTJ -Encik Mohd Nizam bin Omar, En Ab Rahman bin Hj Ali-Pengerusi JKKK, Encik Nor Azmi bin Hj Abd Kadir-SU Japerun Bemban -Hj Hasan bin Hamad-Pengerusi COMBI, Pn Najihah bt Abd Malek-Penyelaras KOSPEN Dun Bemban , wakil Polis Jasin, wakil Pejabat Kesihatan Daerah Jasin, Jururawat Klinik Kesihatan Jasin , ahli jawatankuasa JKKK Kesang Jaya serta penduduk Kampung Kesang Jaya.

Dato' Ng Choon Koon dan YB Datuk Hj Ghazale Muhamad sedang melawat pameran di booth COMBI 

kaunter saringan pemeriksaan kesihatan

PROGRAM GOTONG-ROYONG JKKK KESANG JAYA BIL 5/2014

Program Gotong-Royong JKKK Kesang Jaya Bil 5/2014 pada 13 Mei 2014 jam 8.00 pagi di Bangunan Taska Kesang Jaya. Turut hadir Ahli Majlis MPHTJ Encik Kastamin Bin Hj Kamsi, Encik Ab Rahman Bin Hj Ali - Pengerusi JKKK ,  30 orang ajk dan penduduk kampung Kesang Jaya.